Descarga            Descarga

Cinta Yang Tersembunyi (bakal Terbit) - Azwari85



(Preorder dibuka bermula 15/9-5/10)

Badri dan Khalida pernah menanam impian untuk hidup bersama. Namun, Khalida bertindak menghancurkan impian mereka. Dengan kejam Badri ditinggalkan demi seorang lelaki yang lebih baik.

Disebabkan terlalu kecewa, Badri nekad membawa diri demi mengubah masa depannya. Lima tahun dia menghilang dan tidak pernah pulang ke kampung. Disebabkan rindu yang menebal terhadap ibu dan adik lelakinya, Badri pulang juga ke pangkuan mereka.

Sebaik sahaja Badri pulang, dia tidak menyangka akan bertemu dengan Khalida semula. Paling mengejutkan Badri adalah perubahan yang berlaku dalam hidup Khalida. Rahsia silam mereka terdedah satu demi satu saat Badri berada di kampungnya itu. Disebabkan rahsia itu jugalah Badri nekad melamar Khalida menjadi isterinya.

Kebahagiaan rumah tangga Badri diuji pula dengan kehadiran Tiara. Kecewa Khalida saat mengetahui Badri terpaksa meninggalkan Tiara hanya kerana ingin berkahwin dengannya. Lantaran itu, Khalida sanggup membuat keputusan untuk dimadukan.

Badri yang terkilan akhirnya bersetuju. Namun, tiada lagi seri di dalam rumah tangga mereka. Khalida semakin tertekan kerana terpaksa menyembunyikan lagi cinta yang ada di hatinya untuk Badri. Sampai bilakah Khalida perlu menyembunyikan perasaan sebenarnya daripada Badri?

Jika sudah tiada keserasian di antara mereka, perlukah Khalida menarik diri dari menjadi beban lelaki itu?

Descargar Libro Cinta Yang Tersembunyi (bakal Terbit) pdf Gratis Online


Descarga            Descarga


Autor: Azwari85 Etiquetas:
Rating